Friday, April 30, 2010 0 comment

Fakta dan Realiti




Hello....Pertamanya bujang nak mintak maaf sebab dah lama tak update...Gara- gara komplotasi antara Bujang dan gonzales rose semua jadi haru biru..
"rumah terbakar nampak asap..hati terbakar..siapa yang tahu.."



Dimana Big 4 ?

Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Manchester utd..

Liverpool gah di era Dalglish dan Shankly..suatu ketika kelab ini telah menggapai kejayaan EPL sebanyak 18 kali...bayangkan 18 kali, jauh meninggalkan Arsenal yg hanya 10 kali, Man u 9 kali...Chelsea??maaf, itu di luar prospek perbualan kita...


Manchester Utd, sejak peralihan kuasa Alex ferguson dari Ron Atkinson menampakkan hasilnya..satu demi satu kejayaan dicapai..bermula dari musim 92/93 hingga kini, kejayaan yang dikecapi kelab ini telah menyamai rekod gah Liverpool...

Arsenal dahulunya sebuah kelab Inggeris paling membosankan, dengan corak permainan ala-ala Itali...berlandaskan sperma-sperma Jose Mourinho, Arsenal hanya pandai bertahan..tapi dengan hadirnya seorang wira yang berijazahkan kejuteraan elektrik, tak cukup dengan itu wenger memperoleh Master dalam jurusan Ekonomi...( jadi tak hairanlah betapa bakhilnya dia semasa "shopping season"..satu habuk player pun tak nak beli, kalau beli pun yang ada diskaun..huhu) ...that's Professor Wenger, Arsenal berubah..seorang jurulatih berasal dari France dilahirkan pada tahun 1949 di sebuah bandar kecil Strasbourg..Prof tidak dikenali, apa jadahnya kita nak kenal, Prof dahulunya seorang manager dari kelab Monaco yang kemudiannya berhijrah ke liga J (liga jepun),Nagoya Grampus Eight...ha, ha korang kenal kelab apa ni?..(time ni bujang layan Liga Perdana Malaysia, tak pun tengok video klip Azman Adnan..power tuh) sehingga Prof di anugerahkan J League Manager of the Year pada tahun 1995. Manager asing pertama yang mendapat pengiktirafan di Jepun..sehinggalah Prof diintai dari kelab Arsenal...Pulangyna Prof ke eropah Eropah tak ubah seperti hujan emas di negara orang hujan batu di benua sendiri..Hadirnya membawa satu perubahan klimaks kepada penyokong dan juga pengurusan Arsenal khasnya, "our plays is totally change..!"...cantiik..cantik-cantik tapi kalau tak dapat piala, orang putih cakap useless....


Chelsea...ikhlasnya kelab ini tidak dikenali ataupun digemari oleh mana-mana anak muda ataupun pakcik-pakcik kedai kopi sebelum ini..mana tak nya, kali terakhir menang Piala Inggeris musim 1954/55...masa ini nenek moyang kita tengah sibuk duk berperang dengan British...munasabahlah kalau orang Malaysia tak kenal pun, yang kenal mungkin hanya dari rombongan Tunku Abdul Rahman semasa Perjanjian Reid dengan Ratu Elizabeth...tapi itu semua sejarah tingkatan lima, sekarang Chelsea gah...Pengambil alihan kelab ini dari jutawan minyak Russia Roman Abrahimovich, segala-galanya berubah...di tambah kehadiran The Special One, Jose Mourinho dan pembelian bintang secara besar-besaran...maka wujudlah kuasa besar Eropah baru...... maka bercurah-curahlah rakyat Malaya yang menyokong The Blues..(salah satu sejarah sebab mengapa BLOG SUARA BIG 4 diwujudkan)......saat ini, chelsea bakal menjuarai EPL musim 09/10 sekiranya pertembungan di Anfield Ahad ini menjadi milik Ancelotti....



Sekadar sejarah, imbas balik kenangan, kenangan based on fact..!!!!....purata kedatangan penyokong ke stadium setiap perlawanan sepanjang 5 musim berturut-turut..



Season 2005/2006

1-----Man U-------------68 764 people
2-----Newcastle U-------52 032
3-----Liverpool----------44 236

4-----Man City----------42 856
5-----Chelsea------------41 901


Season 2006/2007

1-----Man U------------75 826 people

2-----Arsenal-----------60 045
3-----Newcastle U-----50 686

4-----Liverpool---------43 561

5-----Chelsea-----------41 541


Season 2007/2008

1----Man U----------75 691 people
2----Arsenal----------60 070
3----Newcastle U-----51 320
4----Liverpool--------43 532

5----Sunderland------43 344



Season 2008/2009

1----Man U----------75 304 people

2----Arsenal---------60 039
3----Newcastle U---48 749

4----Liverpool-------43 611

5----Man City-------42 900


Season 2009/2010

1----Man U--------74 814 people

2----Arsenal--------59 911

3----Man City------45 202
4----Liverpool------43 125

5----Chelsea--------41 505



p/s : bujang kagum dengan peminat Newcastle..

Saturday, April 24, 2010 0 comment

tipikal

tidak semua, tapi ada segilintir.
apabila kalah, dikutuk orang itu, dikutuk orang ini.
diletaknya gambar Sir Alex main pintu belakang,
diletaknya gambar Ancelotti comolot,


fan lain tidak begitu,
kalah, kami tidak apa-apa.
kami tak edit dan tidak letak gambar Wenger main-main.



apa-apa pun,
malam ini kami lawan Spurs,
kami tak suka kutuk-kutuk orang.
(maaf lah jika kami terkutuk semasa kalah dengan Wigan
sekadar kutukan sahaja, tiada lebih)
kami nak tengok bola jer.
Thursday, April 22, 2010 0 comment

Patut ker..?

Saingan EpL semakin sengit di antara Chelsea dan Manchester Utd...Arsenal mungkin?...tapi yang sedihya bujang kelu bila ada sesetengah manager sanggup memaksa pemainnya melampiaskan kehendaknya semata-mata untuk mencapai kemenangan......pilu rasenya di hati ini...


hehe..harap-harapla tak kantoi


baby....I nak menang..!

Walauapapun bujang mengaharapkan maju jaya untuk Chelsea dan Man utd....=)


p/s : Bujang harapkan Arsenal dapat piala season depan...
*photo from G.E.M.U.K group facebook
Wednesday, April 21, 2010 0 comment

Harapan yang Punah, Kesedihan Berpanjangan


Gagah diawal, Lesu diperhujungan


Akuh tak dapat menahan kesedihan yg ARSENAL gagal sekali lagi untuk menjulang kejuaraan EPL.

Suara hati terjerit-jerit menyuruh akuh meninggalkan Club yg akuh sokong sejak akuh mule mengenali Bola Sepak.

Tetapi ape ke daye Born to be GUNNER. Kesukaran menerime Club selain ARSENAL.


Kekalahan Memalukan........


Spurs jiran tetangge ARSENAL. Saling mengenali sejak berkurun lamenye. Penduduknye saling membantu dalam menjayekan Hidup yang dianugerahkan Ilahi.

Apabila perlawanan derby berlangsung, keakraban yg terbina selame ini musnah buat seketika. Mereka hanya tertumpu kepada Club yg mereka sayangi sekian lama.


Hampir 10 tahun ARSENAL utuh menahan tentangan dan gelitikkan Sang Putih. Segala persiapan dan strategik disusun oleh Sang Putih tetapi hasilnya mengecewakan.

Segalanya berubah pada tanggal 14 April 2010, Sang Putih berjaye menjinakkan Sang Meriam dengan aksi yg mantap pada setiap posisi. Satu kekecewaan buat peminat Sang Meriam.


Alasan bermain tanpa kelibat kesebelasan utama bukan lagi sebab yang relevan. Dimanakah nafsu kemenangan yang rakus seperti kalian tunjukkan pada awal babak PERJUANGAN. Adakah nafsu kememnangan luput dimamah masa?

Haiiishh satu kekecewaan yg tidak dapat diselindung lagi.


Doa dan sokongan tidak putus-putus diutuskan peminant buat kamu, wahai Sang Meriam...

Hampa keputusannya....kesedihan semakin meluputkan rasa sayang terhadap kamu...

Hanya menunggu masa, peminat memberontak meninggalkan regim Sang Meriam...

Sunday, April 18, 2010 0 comment

Title Race Is On!


walaupun terpakse menempuh hujan badai,sanggup ku redahi demi menyaksikan pertembungan derby man utd..menaiki motorsikal bersama shahrir, dan rezwan kami beranikan diri ke kdai mamak..sesampai nyer kami ke destinasi, skrin besar terus menjadi fokus utama..

perlawanan sangat mendebarkan kerana kedua-dua pasukan tidak putus-putus melancarkan serangan ke arah satu sama lain..the "Roo" walaupun tidak 100% fit tetap berjuang demi man utd..manakala evans bermain menggantikan ferdinand..

permainan ternyata didominasi man utd tetapi serangan demi serangan hanyalah senaman memanaskan badan untuk gomes..tidak mampu memecahkan kebuntuan dan membolosi gawang pihak musuh..


pengorbanan kami nyata tidak sia-sia apabila serangan terakhir man utd melalui hantaran lintang evra disudahkan scholes dengan tandukannya yang bersahaja tetapi menakjubkan..akhirnya gomes tewas pada minit ke 93..pak alex melonjak kegembiraan dah jeritan kepuasan bergema di farok & sitchick..

dengan kemenangan dramatik man utd dan kekalahan memalukan chelsea, ini bermakna harapan man utd untuk menjulang takhta liga perdana inggeris kembali bersinar..


Keputusan

man city 0 - man utd 1 (scholes)

Formation

Rooney
Giggs Gibson Scholes Flecher Valencia
Evra Vidic Evans Neville
Van Der Sar


subs - berbatov,nani,obertan


2 comment

what a crazy late goal!!! - episod 2

8.00 malam. aku lihat jam Timex di tangan aku. "ah, lek lu. game pukol 8.30.. ape nak kalut". monologku kepada diri aku sendiri. laptop kawan aku terbuka. kayu ria berteraburan di atas meja. seakan-akan memanggil.. pes2009 aku klik. Barcelona vs Inter milan.. aku main Barcelona.. ye Barcelona vs Inter Milan, bukan Arsenal vs Wigan.
aku tolak, tekan kayu ria.. GOAL!!!! Messi score, macam biasa.. bawak ikot tepi, masuk ikot tengah.. shoot dan goal.. Inter Milan tewas.

8.30 malam. aku dan que bertolak pergi untuk menghilangkan lapar di Farouk dan Sitchick. kedai yang amat popular di kalangan kami-kami.. nasi lemak, teh tarik. kombinasi yang paling common di kedai ini. sesampai disana, kelihatan di skrin besar Wigan vs Arsenal. aku melihat sekitar kedai tidak ramai orang. kemanakah peminat Arsenal?? soal aku kepada que. tiada jawapan dari que. dia diam tanpa kata. hati kecil aku berbisik "fan Arsenal tak datanglah, cuti 3 hari.. balik umah". que berbaju puma lengan panjang, seluar topman. memang kacak.


8.45 malam. aku dudok ngan que. nasi goreng kambing milo kosong panas aku pesankan kepada lelaki berkulit hitam pekat yang bertanyakan aku tadi. que pula, mee goreng mamak teh o ais. aku tonton perlawanan Wigan-Arsenal. Prediction tentang game ni same dengan kebanyakan fan Arsenal yang lain. Arsenal menang 3-0. Prediction aku lah.


9.15 malam. theo wallcot score 1 goal. wallcot dribble sampai masok dalam pintu gol. diye memang tak suka shoot. Arsenal 1 Wigan 0. half time. Nasi goreng kambing aku makan habis. kambing nya sedikit saja. tulang jer banyak. game halftime. sumue konsentrate makan masa half time. air tidak dihabiskan terus. rata-rata penonton di kedai itu berbuat demikian. trend lah kot. aku tak pasti.

9.30. game start balik. aku tengok. tengok. minit ke berapa, aku pon tak pasti. silvestre, lelaki kulit putih bermuka pelik melompat bagaikan monyet lantas menanduk bola ke jaring gawang Wigan. aku tengok. tengok. diye celebrate macam siyal. mungkin tiada trademark sendiri. mungkin terkejut kerana score, mungkin nervous sampai tak ingat trademark sendiri atau mungkin kerana terlalu lama tidak celebrate goal.

9.30 sampai lah pukul 10.05 malam. aku tengok game tuh. macam demn bosan gile. PSM (passing sampai muntah), itulah cara Arsenal main. Wigan sudah mula menyerang. mungkin sudah mula mendapat rentak. Arsenal passing lagi sampai muntah. minit ke 80. GOAL!!! Watson score. Wigan 1-Arsenal 2. pemain kulit putih kepala merah skor. aku diam. sekurang-kurangnya tidak lah bosan sangat game ni. padan muka Arsenal. Budak meja belakang bersorak. tidak mungkin supporters Wigan mungkin mereka jugak bosan tengok game. sama macam aku.

minit ke 89. Titus Bramble. ye Titus Bramble dengan bantuan penjaga goal Arsenal, Fabianski menanduk bola ke gawang Arsenal. equalizer. haha.. aku tersenyum sinis. aku dengar meja belakang aku tadi cakap " die ni skor?? die ni bodoh la sial.. " mereka ketawa terbahak-bahak. aku turut ketawa bersama que mendengar ulasan budak meja belakang tadi. Wigan 2 - Arsenal 2. Titus Bramble skor.

minit ke 90. pemain berjersi 14 Wigan. N'Zogbia. membawa bola dari sebelah kanan padang. melepasi lelaki Arsenal yang tidak tahu celebrate goal. macam main pes. shoot. top corner. marvelous. fabianski well beaten. hanya mampu melihat bola. terkena tiang tepi. melantun masuk gol. keadaan gamat buat seketika. kecoh. huru-hara. budak meja belakang sudah huru-hara. berteriak sana-sini. Wigan 3 Arsenal 2. aku terus bangun dan ke kaunter. bayaran nasi goreng kambing aku jelaskan. elok lah aku beredar dari tempat itu. sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. que juga sudah siap membayar. keadaan masih lagi tegang.


aku dan que berjalan menghampiri motorsikal. sambil mengikat helmet. que berkata "what a crazy late goal". kami pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang riang. walaupun prediction aku salah.
Thursday, April 15, 2010 0 comment

Milik Siapakah Takhta Ini?

aktiviti mase lapang

Mampukah Man Utd memintas Chelsea sedangkan hanye berbaki 4 pelawanan sahaja untuk dipertaruhkan?

Tidak dinafikan bahawa chelsea sekarang berada pada tahap prestasi terbaik nyer dengan 4 kemenangan berturut-turut daripada 6 perlawanan yang lepas dalam kancah liga perdana inggeris..manakala prestasi man utd agak goyah kerana memiliki 1 seri dan 1 kalah..lebih menyakitkan lagi, tumpas kepada chelsea sendiri..

Baki perlawanan Man Utd dan Chelsea masing2 perlu menempuh laluan yang sukar sebelum dinobatkan sebagai pemilik tahkta liga perdana inggeris..

Man Utd
1. Man City (A) 17 April
2. Spurs (H) 24 April
3. Sunderland (A) 1 May
4. Stoke City (H) 9 May


Chelsea
1. Spurs (A) 17 April
2. Stoke City (H) 25 April
3. Liverpool (A) 1 May
4. Wigan (H) 9 May


Pak Alex dlm satu sidang media pernah berkate "anything can happen"..manakala ancelloti dengan bangge nyer mengulas "Now the Premier League is in our hands and we have to stay focused and calm"..kite tunggu dan lihat ancelloti..

teman tapi mesra

Tidak dilupakan juga warga2 Big Four yang laen juga sedang berusaha keras bagi mempertahankan gelaran mereka..pak alex,benitez,ancelloti dan le prof masing2 tgh garu kepale dan berkerut dahi memikirkan strategi dan formula kemenangan mereka..paling jelas kerutan dahinya..tak laen tak bukan saudara le prof..


3 comment

saleem iklim pon tahu

-tinggal kenangan-
terimalah Saleem:

nak dengar lagu carik sendiri la abg bujang


apabila iya terlalu kecoh dengan rekod 10 tahun..
maka tinggal kenangan lah iya..

dan apabila saudara que mase awal-awal game berkate kat budak arsenal
"arsenal boleh menang nie game nie" tapi ironinya apabila Spurs sumbat gol diya pun
berkata "yes!!!" depan budak-budak arsenal yang lain.. bikin panas lah oi.. bagus!!!haha





"this is football, don't be fool by any handshake and past 10 year history." katenye pengulas PES2009...
Wednesday, April 14, 2010 1 comment

Fans Arsenal Masih Menunggu..............

Bujang baru lepas tgok match Arsenal vs Spurs....kita tewas dengan 2-1...

Apa yang terbuku di hati peminat Arsenal sekarang..? yang pasti, bujang pasti...kita semua kecewa.............kita hanyalah peminat yang setia menunggu tanpa mengharapkan sedikit balasan....kami menunggu dengan penuh setia.....sejak kali terakhir memenangi pada tahun 2003/2004....kita masih setia menanti....7 tahun kami menunggu...seperti bujang memikat anak dara Rosmah Mat Aris begitulah juga hakikatnya yang terpaksa kita semua lalui.....pahit je yang kita terpaksa telan selama 7 tahun....ke mana hilangnya manis???...semuanya terletak di tangan Prof Wenger............kita tinggal dulu kekecewaan sebentar............imbas apakah kita semua sebenarnya........................
bila Bujang pikir balik, cancel pikat anak rosmah mat aris...tak sanggup bujang..huhu


Arsenal....what is it mean?....bagi bujang, definisi Arsenal cukup jelas....kita tahu
, kita bukan pembelot, bukan juga pengkhianat, tapi kali ini bujang tanpa ragu-ragu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada semua penyokong Arsenal, anda semua adalah penyokong paling setia kepada team...usah bandingkan dengan penyokong Man u, pedulikan kesetiaan Chelsea, lupakan kesetiaan penyokong Liverpool, barangkali penyokong Manchester city....jawapannya TIDAK...penyokong Arsenal paling terbaik........mungkin kita sukar untuk menerima fakta ini, tapi hasil dari thesis bujang untuk tahun akhir di universiti Limkokwing..inilah buktinya...di Malaysia sbg contoh..berapa banyak blog dari kem ARSENAL di Malaysia....????

Mengikut statistik
Jumlah Blog EPL Mengikut Kelab; (blog yang dikmaskini)

1. Arsenal ---------14

2. Liverpool -------6

3. Chelsea--------- 5

4. Man u ----------3



jelas..????..jadi bujang berasa cukup bangga menjadi salah seorang penyokong Arsenal...dan bujang harap kita sebagai penyokong Arsenal tidak perlu merasa kecewa atas kekalahan terhadap Spurs pagi tadi....Bujang yakin dengan berakhirnya kontrak Prof Wenger pada tahun 2011, sesuatu yang menarik menunggu kita semasa musim perpindahan hujung bulan 5 ini..Wenger tidak akan melepaskan peluang dengan membeli tunggak yang bakal menjadi tunjang kemenangan Arsenal season depan....dengan peruntukan 45 juta pound dari Usmanov, Bujang optimis Wenger akan membawa masuk pemain baru demi menjaga kredibilitinya sebagai pengurus dan juga demi menjaga hati kita semua sebagai penyokong setia Arsenal....




Berbalik kepada review spurs vs arsenal...2 gol yang berpunca dari kesilapan kita sendiri...bujang tak nak salahkan sesiapa dalam perlawanan ini, cuma 2 perkara sahaja yang Bujang nak sentuh...Pertama, Bujang kurang
"cinta" pada gaya permainan DIABY yang agak lembab....kita banyak kehilangan bola hasil kawalan Diaby, dan juga passing merapunya...dia seolah-olah tidak ghairah menyerang sepertimana Bujang mengorat Liyana Jasmay....pelik kan..?...Bujang tinggalkan diaby dengan persoalan....Kedua, kehadiran VAN PERSIE...he is the best tau tak..?????inilah penyerang yang kita mahukan....dahagakan gol...bujang memang senyum bila tgok RVP main...he is not just passionate to score, but also he create many chances to others score...!!!bukan seperti Brandon yang sentiasa gagal dalam percintaan...



van persie


ini 1st line up arsenal untuk pagi tadi...



Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Nasri---Denilson---Diaby
Eboue---Bendtner---Rosicky

sub : RVP, Walcott


Akhir dari bujang, khas untuk pembaca artikel ini terutamanya penyokong Arsenal, Bujang harapkan kita penuhi dengan kata-kata semangat di ruangan 'komen' ini....perjuangan kita belum selesai..........Arsenal,U and me....LOVE...!


2 comment

London Derby: Big challenge waiting Arsenal




7 Data anak-anak the Gunner perlu tahu before London Derby

-Match penting Arsenal @ Milestone Tittle EPL
-Kemenangan Arsenal diperlukan utk terus mempressure team warne biru ngan team merah kuning.
-1st eleven arsenal rmai yg injured, player-player bench ramai akan diturunkan
-Arshavin torn 2 his muscle. News yg menghambarkan anak-anak the Gunner
-Korang nk tahu last 5 goals arsenal dr 13 league goal come on the last minit of game. Match pin point. Harap-harap game nie x goal last minit. Cuak gampang shal.
-Veteran Arsenal, Campell blik jmp club lame beliau. Suasana yg menjejaskan mentaliti beliau. Kompem kene booooooooo nanti, saba je lah campbell.
-Spur asyk kalah je ngn Arsenal untuk 20 last meeting dieorg untuk EPL.

Line Up Tottenham Vs Arsenal

Arsenal Fc:

Alumnia
Sagna-Silvestre-Vermaelen-Clichy
Song- Denilson
Nasri-Diaby-Walcott
Bendtner


Tottenham:

Gomes
Corluka-Dawson-Bassong-Assou
Kranjcar-Huddlestone-Modric-Bale
Crouch-Defoe

Match Start kol 8.00 London
0 comment

Preview Spurs vs Arsenal : Maruah 10 tahun



Sebelum itu, bujang nak ingatkan match malam ini akan disiarkan secara langsung di ESPN siaran 812 pukul 2.55 pagi...


10 tahun...korang semua nak cakap ape??? rekod arsenal tanpa kalah dengan Spurs selama 10 tahun...jadi malam ni rasanya tak ada masalah untuk Arsenal....menang malam ini bujang confirm Arsenal champion EPL season 2009/2010........Chelsea, bujang nak nasihat satu benda je....jangan maruah anda pun tercalar..bujang bukan ape, bujang kasihan tengok kat MAnchester utd, konon-kononya nak mempertahankan kejuaraan 4 musim berturut-turut...huhu....hai hai bai bai la manure..hai hai hai tutup buku la.....

okey, ini bujang selitkan antara 9 maruah mengapa arsenal perlu menang malam ini...

  1. 10 tahun tanpa kalah
  2. Meriam lawan AYAM..... tak kan la ayam menang??
  3. petanda Arsenal juara EPL season 2009/2010
  4. kembalinya Campbell ke White hart LAne
  5. Van persie dah sembuh
  6. Menebus malu kalah di UCL - Barcelona
  7. Untukmu AARON RAMSEY
  8. Amaran kepada CARLO & ALEX...
  9. Seperti gambar di atas, untuk mencari dalang dalam selimut........
Tuesday, April 13, 2010 1 comment

jangan tunggu lama-lama; ramli sarip


4 patut dan 4 tak patut man utd menang title season nie..


patut: of cors, sebab saya penulis untuk kem bolasepak manchester united.
tak patut: sebab 2 match lagi agak sulit.. main dengan man city(away) ngan maen ngan spurs kat home..(yang ini boleh la, main ngan team cap ayam)..


patut: sebab chelsea gile overconfident!!! saya bajet, chelsea akan seri lawan ngan cap ayam kat away.. pas tu ngan LIVERpool kat anfield(mungkin sulit sedikit, tetapi sedikit sahaja lah)... so man utd still ade chance nak potong lah..kot...
tak patut: sebab berbatov tak berapa suka sumbat gol.


patut: sebab saya rase rooney amat suka untuk score lagi untuk maintain topscorer season nie dan ini akan mendatangkan kemenangan di pihak man utd
tak patut: sebab rafael da silva nak maen macam rafael da silva lawan bayern lagi kalau diberi peluang.


patut : sebab ini sumua konspirasi
tak patut: konspirasi bodoh.

hah!! refree, mata saya nak terjatuh!!!
4 comment

preview: chelsea vs. bolton

malam ni chelsea akan menerima kunjungan bolton. aku malas nak ulas panjang2, coz chelsea just menerima kunjungan bolton. lainlah kalo chelsea lawan barca, ada gak point aku nak gelut. aku malas nak point out previous result against this team, tapi cukup la sekadar kefahaman anda semua tentang bolton apabila mereka melawan team2 favourite anda. ke aku salah??! ke ada team big 3 eh 4 yang seri atau lebih hampeh lagi, kalah.. lawan bolton tu??!

masa kat reebok stadium pun chelsea dah bantai 4-0, agak2 kalo lawan kat 'the shed'?? scary to even think bout it huh?

"TITLE IS OURS"
Monday, April 12, 2010 11 comment

10 Malapetake Pemindahan Pemain Liga Perdana Inggeris 2009-2010


10-Gabriel Obertan (Man Utd)

dengan bentuk kepalenyer yg unik, tidak hairanlah beliau jarang sekali diturunkan oleh pak Alex..hanya 6 perlawanan liga sahaja..dengan yuran pemindahan 3 juta pound, fan man utd hanyalah mampu menunggu bile si kepale unik ini akan bersinar ataupun akan kekal malap..

9-Stewart Downing (Aston Villa)


kononnya diwar-warkan sebagai bintang baru pemain tengah England..Tidak hairanlah beliau baru berusia 25 tahun dan bukan muka baru dalam liga perdana inggeris..Dengan yuran pemindahan 12 juta pound dari Middlesbrough ke Villa merupakan pilihan yang tepat..Hakikatnya, sentuhannya semakin tumpul dan bukanlah pilihan utama pertengahan villa..


8-Nikola Kalinic (Blackburn Rovers)

Penyerang kelahiran Croatia ini hanya baru menyumbat 2 gol sepanjang musim ini yang merupakan satu kehinaan sebagai penyerang dengan yuran pemindahan 6 juta pound..satu pelaburan blackburn yang tidak membuahkan hasil..


7-Kamel Ghilas (Hull City)

kamel?siapakah beliau?mesti smua tertanye-tanye..beliau hanya mampu menyumbat 1 gol daripada 16 perlawanan dengan yuran pemindahan hampir 2 juta pound..


6-Sotirios kyrgiakos (Liverpool)

pemain kelahiran Greek pertama menyarung jersi Liverpool dengan yuran pemindahan 2 juta pound tetapi mungkin terpakse pulang ke kampung halaman disebabkan prestasinya yang tidak begitu memberangsangkan.

5-Jason Scotland (Wigan)

2 juta pound untuk memperoleh pemain trinidad & tobago ini dan yang menyedihkan lagi perlu menunggu gol pertamanya..berbaloi-baloi..


4-Patrick Viera (Man City)

Bekas captain Arsenal ini kelihatan tidak bermain pada kemuncak prestasi beliau apabila mendapat kad merah pada beberapa perlawanan awal beliau bersama Galacticos Epl ini..


3-Mido (West Ham)


Pemain dari golongan keluarga kaya tetapi merupakan antara pemain yang menerima gaji terendah liga perdana ingeeris iaitu 1000 pound setiap minggu..


2-Roque Santa Cruz (Man City)


Pemindahan dari Blackburn Rovers ke Galacticos EPL dengan yuran 17.5 juta euro hanya mampu memberikan 4 gol daripada 19 perlawanan..kini beliau hanyalah bermain dibawah bayang-bayang Tevez, Adebayor dan Bellamy..


1-Alberto Aquilani (Liverpool)



Pemain Itali ini hanya baru bermain 21 perlawanan disebabkan kecederaan buku lalinya pada awal musim..Sejumlah 20 juta pound yang dibelanjakan oleh liverpool nampaknya tidak membuahkan sebarang hasil..

-sumber goal.com-

3 comment

Hancur Sudah...


12 hari lepas merupakan saat yang sukar dan malang buat man utd..tersingkir dalam saingan liga juara-juara eropah,kekalahan 2-1 kepada chelsea,dan kini seri 0-0 kepada blackburn..ini bermakna hancur sudah harapan man utd untuk menjulang kejuaraan liga perdana inggeris buat 4 kali berturut-turut..

Jentera serangan man utd semalam dikepalai oleh Berbatov dan Mancheda disebabkan ketiadaan the "Roo" akibat kecederaan buku lali..

Diakui bahawa perlawanan mentang Blacburn semalam agak hambar walaupun permainan dikawal oleh man utd..Hanya beberapa peluang diperoleh tetapi tidak cukup untuk menembusi gawang pihak musuh..peluang keemasan diperoleh Valencia apabila 1 on 1 dengan penjaga gol lawan..sekali lagi..sayang seribu kali sayang..

Pertukaran pemain yang dibuat juga tidak dapat mengubah rentak permainan man utd..Pak Alex buntu..keputusan kekal 0-0 sehingga wisel penamat..Pak alex kemudian mengulas "I think it has slipped away from us. It is going to be very difficult to win this league. We have only a lifeline if Chelsea blow it ... It's a big gap.
"

Man utd dikecewakan lagi apabila Giggs,O'shea dan Ferdinand masing-masing mengalami kecederaan hamstring,paha dan kaki selepas perlawanan..pertembungan derby menentang Galacticos Epl pada hujung minggu ini merupakan ujian yang amat getir buat man utd..


Keputusan

0-0

Formation

Berbatov
Mancheda
Nani Giggs Scholes Valencia
O'shea Vidic Ferdinand Neville
Van Der Sar

Subs

Gigs-> Gibson
Mancheda -> Park
O'shea -> Evra