Sunday, January 12, 2014 0 comment

2014 Perlumbaan Menggetirkan Liga Perdana Inggeris

Salam Maulud Nabi

Seperti yang anda tahu EPl atau Liga Perdana Inggeris adalah antara liga yang paling klismen Dan mendebarkan didunia yang sementara ini. Semua club-club yang bersaing tidak Kira kerdil atau besar berlumba-lumba menunjukkan aksi terbaek.  So tidak heran la club gah seperti "Manure" kecundang beberape Kali didalam kancah liga perdana ini.

Pada pagi esok, hari selasa jam 0400 pagi perlawanan antara Aston Villa menentang club yang pemainnya sudah melepasi fasa keremajaan iaitu Arsenal bakal menyaksikan cabaran terhadap ketahanan mental pemain-pemain Arsenal. Kemenangan yang telah digapai oleh pesaing-pesaing kejuaraan liga iaitu Chelsea, Man City, Dan Liverpool telah memberi tekanan yang dahsyat kepada kem Arsenal. Mereka memerlukan kemenangan bagi memastikan mereka tidak keciciran mata dan peluang untuk memenangi liga sentiasa didalam zon positif.

Jika kekalahan memihak kepada mereka, kehilangan Mata adalah salah satu kerugian tetapi kerugian yang amat teruk adalah kecederaan mental pemain.

Konklusinya Kemenangan perlu dicari Arsenal bagi mengelak malapetaka yang lagi besar.

Sekian. Terima kasih.

COYG!!!