Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini
Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...
http://www.youtube.com/watch?v=l5cA6uKijrg
eheemmmmm..tiba-tiba teringat masa muda-muda dulu, cinta itu manisla..masa tu tiba-tiba bujang jatuh cinta..tapi yang peliknya masa jatuh cinta, Bujang jadi happy sangat2, buat kerja semua semangat..cam damn semangat, buat kerja semua jadi..tapi bila dah putussss...huh..cucuk-cucuk..pedih-pedih..iyarggghhh, sakitnya hati ini....merepek siyes...!
....hati Bujang kuat untuk mengatakan musim ini, arsenal mengakhiri liga Inggeris di tempat ke 4.. bukan no 3...inilah yang Bujang cam tak leh nak terima sikit........last2 minit, kita bagi peluang team Ayam Spurs potong kita..
jadi, begitulah hakikatnya...puas bujang cuba pujuk hati ini, tapi akhirnya ..............inilah yang mampu mengubat hati Bujang bila mengimbau sejarah Arsenal...
KARAM DI LAUT CINTA TAK BERMAKNA KARAM ARSENAL DI LAUT
Era sebelum datang ke Tanah Malaya
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib kami mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.
Kebangkitan sehangat lagu di Zaman seniman P Ramlee..
Era kegemilangan Arsenal kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,kami telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah kami yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.
Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan,memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles"; Rekod negara England keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuah . Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06,kami telah mara ke perlawanan akhir (di mana kami menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan kami kelab London(ingat, ni LONDON, ibu negara, bukannya hulu Langat) yang pertama untuk berbuat sedemikian dalamlima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu..........
.......Sejarah manis berakhir di situ dan mungkin kembali?
Kekecewaan itu lumrah hidup...onak duri sebuah kehidupan...tapi kekecewaan itu harus di batasi dengan penuh moral....
kalau tidak, inilah akibatnya...............
kesan yang ketara akibat kecewa melampau....
...inilah akibatnya gara-gara kecewa tak dapat tengok SERIES AdaMaya...Stressnisme..
No comments:
Post a Comment