Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Sunday, June 20, 2010 0 comment

Drama Menjengkelkan Cote D' Avoire


Rentak Brasil selaku pasukan feveret semakin bertenaga apabila membelasah Ivory Coast 3-1 di Stadium Soccer City Johannesburg. Walaupun begitu perlawanan seterusnya nanti menentang Portugal bakal menyaksikan ketiadaan kaka' kerana lakonan mantap pemain skuad bimbingan Erikkson akibat dilayangkan kad merah. Sudah tibanya Luis Fabiano bersinar dengan menjaringkan dua gol pada minit ke 25' dan minit ke 50'. Permainan menjadi semakin rancak apabila Elano' menyempurnakan hantaran kaka' pada minit ke 62'. Ivory Coast tidak pulang dengan tangan kosong dengan gol saguhati jaringan Drigba pada minit ke 79'.

Para pelakon Ivory Coast memulakan pergambaran mereka semasa permainan berkisar 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan. Aksi tolak - menolak, sumpah - menyumpah dipamerkan. Aksi klimaks komplot mereka adalah sewaktu kaka' dibuang padang pada minit ke 85' kononya siku terkena muka.

Seperti perlawanan lepas, line - up skuad Brazil adalah seperti sedia kala. Hanya Dani Alves masuk sebagai pemain gantian menggantikan Elano yang juga menjadi mangsa komplot lakonan arahan Erikkson dibantu anak-anak buahnya.

Bagaimanapun, dengan kemenangan kedua ini, pasukan Selecau ini secara outomatik layak ke pusingan yang seterusnya.
Thursday, June 17, 2010 3 comment

Supersubs Mexico Hukum Perancis


Tidak cukup dengan kekalahan Sepanyol kepada Switzerland, Piala Dunia 2010 dikejutkan lagi apabila gergasi bola sepak iaitu Perancis tumpas kepada Mexico terima kasih kepada dua supersubs Mexico iaitu Javier Hernandez dan Blanco..Penyerang muda yang baru dibeli man utd dan penyerang veteran berumur 37 tahun.

Nyata percaturan Javier Agguire membuahkan hasil. Corak permainan Mexico dilihat lebih bertenaga selepas perlawanan sepak mula menentang Afrika Selatan. Pemain muda Dos Santos dan pemain pertahanan Salcido serta pemain tengah Barrera merupakan nadi penggerak pasukan mereka.

Manakala bagi perancis pula, kelibat penyerang sensasi Thierry Hendry tidak kelihatan di atas padang. Hanya duduk termenung di bangku simpanan memanaskan badan dengan selimut.


Stadium: Peter Mokaba, Polokwane
Pengadil: Khalil Al-Ghandi (Arab Saudi)

perez
salcido--rodriquez--marquez--juarez
osorio--aguilar--torrado
vela--franco--dos santos

subs: barrera, j.hernandez, blanco


Keputusan Mexico 2 (j.hernandez 64', blanco 79' Pen ) - Perancis 0
Man of the match: j.hernandez