Saturday, May 29, 2010

Lulus!!!


penantian akhirnya membuahkan hasil apabila permit kerja Chicharito telah diluluskan..beliau akan diisyhtiharkan sebagai player man utd pada 1 Julai nanti..

perjanjian dengan kelab Chivas de Guadalajara telah dibuat pada bulan lalu..tetapi permit kerja diperlukan kerana beliau bermain kurang daripada 75% perlawanan sebagai pemain pasukan kebangsaan Mexico berdasarkan dua tahun yang lepas..

beliau juga telah lulus ujian kecergasan dan bersetuju dengan syarat - syarat peribadi akan menyertai skuad man utd dalam lawatan pre - season ke Kanada dan Amerika Syarikat pada bulan Julai ini..

sama ada beliau akan beraksi atau tidak bergantung kepada prestasinya bersama skuad Mexico dalam piala dunia 2010 di Afrika Selatan tidak lama lagi..tapi yang pasti beliau akan beraksi dalam perlawanan persahabatan antara man utd dan kelab lamanya bagi merasmikan stadium baru dengan kapasiti 45 000 orang pada akhir bulan Julai ini..

p/s: awas Chamakh!!!

No comments: