Thursday, June 17, 2010

Kemenangan Tipis Buat Skuad Bimbingan Dunga


Rata-rata peminat skuad hijau kuning ini binggung dengan percaturan Dunga kerana tidak memasukkan pemain-pemain bintang seperti pato,adriano dan ronaldinho. Tetapi kemenangan 2-1 ke atas korea utara cukup untuk membutikan strategi beliau. 'Wayne Rooney Asia' @ Jong Tae Se yang dikabarkan bakal memberikan kejutan kepada brazil hanya sekadar membuat beberapa percubaan jarak jauh.

Tidak dinafikan bahawa benteng pertahanan pasukan lawan sukar digugat hingga brazil terpaksa mengambil masa 55 minit untuk menjaringkan gol pertama hasil usaha Maicon dan kemudiannya disusuli oleh gol kedua dari Elano pada minit ke-77. Kealpaan pertahanan brazil dihukum korea utara seminit sebelum perlawanan tamat. Sekali lagi Subkhiddin Mohd Salleh menjadi pengadil ke-4 untuk detik bersejarah ini.



cesar
michel bastos--juan--lucio(C)--maicon
melo--gilberto silva--kaka--elano
robinho--luis fabiano

subs: dani alves, ramires, nilmar

Keputusan
Brazil 2 (maicon 55',elano 77') - Korea Utara (ji yun nam 89')

2 comments:

Linglung said...

Maicon terbaeeek! Mintak2 la jadi masuk Real Madrid :))

Que said...

xmen la ramos jwb nyer..