Thursday, June 17, 2010

Supersubs Mexico Hukum Perancis


Tidak cukup dengan kekalahan Sepanyol kepada Switzerland, Piala Dunia 2010 dikejutkan lagi apabila gergasi bola sepak iaitu Perancis tumpas kepada Mexico terima kasih kepada dua supersubs Mexico iaitu Javier Hernandez dan Blanco..Penyerang muda yang baru dibeli man utd dan penyerang veteran berumur 37 tahun.

Nyata percaturan Javier Agguire membuahkan hasil. Corak permainan Mexico dilihat lebih bertenaga selepas perlawanan sepak mula menentang Afrika Selatan. Pemain muda Dos Santos dan pemain pertahanan Salcido serta pemain tengah Barrera merupakan nadi penggerak pasukan mereka.

Manakala bagi perancis pula, kelibat penyerang sensasi Thierry Hendry tidak kelihatan di atas padang. Hanya duduk termenung di bangku simpanan memanaskan badan dengan selimut.


Stadium: Peter Mokaba, Polokwane
Pengadil: Khalil Al-Ghandi (Arab Saudi)

perez
salcido--rodriquez--marquez--juarez
osorio--aguilar--torrado
vela--franco--dos santos

subs: barrera, j.hernandez, blanco


Keputusan Mexico 2 (j.hernandez 64', blanco 79' Pen ) - Perancis 0
Man of the match: j.hernandez

3 comments:

Linglung said...

byk kejutan world cup kali ni..nasib baik gua tak ada sakit jantung!

Que said...

tu la psl..
byk gak team bsr2 kalah awl2 nie..

BujanG BahaGia said...

mu team mende Doh Que?