Tuesday, July 27, 2010 0 comment

Setan Merah Menyepi

Sedar tak sedar hari ini 15 syaaban..ini bermakna 15 hari lagi umat Islam bakal menunaikan puasa wajib di bulan Ramadhan...jadi memang sah..!..setan merah mula menyepi...iya, setan ini bakal dikurung 15 hari sahaja lagi...secara hipotesisnya, semakin bertambah hari semakin berkurang populasi si setan merah..hipotesis ini dikukuhkan lagi dengan satu bukti, setan merah tewas dengan pasukan Kansas City Wizard USA...
baby setan merah said : please dont talk porno at the sidebar sembang kuat

hhhaa>>???whats going on dude???..setan merah tewas dengan geng2 wizard USA 2-1...benar, ini realiti...wizards yang hanya bermain 10 org menang...takpe takpe, ini baru permulaan kata penyokong setan merah..iya, kami setuju..permulaan yang menghancurkan impian setan merah bagi sesi 2010/2011...





Berbalik kepada perbualan asal, SETAN MERAH MENYEPI, kita semua telah dibuktikan dengan satu persoalan....bukan bukti dari Kamran Tunio (salah seorg sahabat baik saya), tapi ini bukti di papan blog suara big 4..!perhatikan dan hayati, ke mana penulis-penulis keramat setan merah di SUARA BIG 4??????ke mana mereka menyepi?.

Dasarnya, kem Setan Merah merupakan kem yang paling ramai penulisnya....mereka terdiri daripada:-




1. JEMI HALIM
2. QUE
3. RAY
4. GONZALES ROSE



"Brandon Flowers, lu tau mane diorang semua?

"Brocass Amsterdamn, lu ade nampak diorang?




lerr, patutla tak jumpa...gunting rambut rupanya ( salah seorang penulis suara big 4 )



haha...tak yah pening kepala dengan setan merah...musim EPL dah hampir menjelma...jom kita semua memeriahkan kembali suasana kedai mamak di hujung minggu...!



PERHATIAN : WATAK SETAN MERAH SEBENARNYA MANCHESTER UNITED


Sunday, July 25, 2010 0 comment

teka-teki: apa dia masuk banyak, keluar sikit?

jawapan: man city.

seperti yang dilaporkan goal.com, man city sekarang tengah wat clearance sale. bayanglah brapa banyak player dia season lepas, pastu boleh lagi nak beli player baru. sekarang dah dapat david silva, yaya toure ngan aleksandar kolarov. tak puas lagi... nak lagi beli.

naik hantu

macam gampang diorang ni. ingat main football manager ke, nak beli je kerjanya. sekarang diorang tengah usaha nak dapatkan super mario, james milner, ramires, david luiz JUGA fernando torres. peh seyes gile.

konsekuensinya?

persaingan untuk mengekalkan kemandirian adalah sangat tinggi. hart bertaki dengan given. ireland bengkek dengan mancini. vieira dan zabaleta pula mula cuak ngan team mereka yang seperti 'dirasuk hantu'.

last friendly lawan lisbon ngan NY red bulls pun kalah...
Saturday, July 24, 2010 0 comment

Professional Communication Skills class bersama Mrs. Chong

sempena menyambut kedatangan semester baru, warga SUARA BIG 4 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pembaca SB4 (aiceh dah ada singkatan) yang terdiri dari golongan pelajar. semua sedia maklum bahawa kini bahasa inggeris ialah bahasa perantara utama di universiti2 tempatan. sebelum mula mendengar lecture apalah salahnya jika anda meluangkan masa berlatih mendengar english. disini kita telah menyediakan seorang test subjek yang shitass iaitu jamie carragher.




Tevez speaks better English than him.
Monday, July 19, 2010 3 comment

CHELSEA juga tidak sinonim dengan Prai, gula halus terbaik

seperti juga arsenal, chelsea telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab liga championship, crystal palace. sebelum match carlo telah berkata bahawa perlawanan ini merupakan pentas terbaik untuk player muda menunjukkan bakat mereka jika ingin diserap kedalam skuad senior. jadi semua akan dapat main. dan akhirnya match berakhir dengan 1-0. jaringan daripada micheal essien.



ya, 1-0 sudah memadai. carlo hanya mahu menilai prestasi pemain2 khususnya pemain2 muda. dia pun tidaklah mengharapkan banyak gol dirembat kedalam net. yang dia harapkan hanyalah banyak trophy dirembat kedalam kabinet pada akhir season ni.

...the bison is back!!! akhirnya centre midfield menjadi milik kita sepenuhnya.
2 comment

fantasy premier league


seperti yang saudara bujang war-warkan dalam laman sosial facebook, SUARA BIG 4 telah mencreate league dalam fantasy premier league. kodnya ialah 244404-65722. so jangan lupa untuk menyertai sebelum season start. jangan tunggu sampai matchday 1 baru nak start, pastu mula merungut orang lain start awal.

selepas setiap matchday kita akan letakkan league ranking kat wall of fame sebelah kanan ni. baru gempak ye tak?
Saturday, July 17, 2010 0 comment

ARSENAL tidak sinonim dengan Prai & RON95

Jangan samakan Arsenal dengan kerajaan Malaysia....


AKU DI SINI

Kemenangan 4 berbalas 0 malam ini ke atas Barnet langsung 100% bertentangan dengan kenaikan gula dan RON 95...apa tidaknya, penyokong Arsenal hanya mampu tersenyum lebar walau ia hanya perlawanan persahabatan ke atas pasukan kerdil, satu petanda kejuaraan EPL musim ini bakal di renggut oleh player yang digelar budak sekolah...tercabar rasanya bagi senior-senior EPL yang mahir di atas katil.. ..ah..ah..ahrgh..chauu..auuuw..



No Live at Astro...jadi, Bujang hanya sempat tengok highlight...1 dari Arsharvin seawal minit kedua...satu jaringan hasil satu dua Arsharvin dengan satu lagi player Arsenal(kalau tak silap, Chamakh), dikeceknya goalkeeper dan disudahi dengan tolakan mudah dari Arharvin..Gol kedua dan ketiga disudahkan oleh Jay Simpson ( 16' & 45' )..

Separuh masa kedua, 1 gol tunggal hasil dari kesilapan bahagian pertahanan Barnet yang akhirnya disudahi oleh Samir Nasri pada minit 75...iya, Arsenal menang....Mungkin kehadiran Chamakh dan Koschielny memberi sedikit gambaran skuad The Invisicble Unbeatable bakal muncul buat kali kedua..

Siapa tahu?



ENGKAU DI SANA

Berpaling pula pada situasi yang berbeza, rata-ratanya penduduk Malaysia yang bermajoriti bependapatan sederhana....oh mak oiii, semua barang naik......Bujang yang masih single ni pun dah merasaI PARAHnye....dah tak berapa nak bahagia mane dah rase....bukan apa kengkawan, cuba kita imbas sejemput, bagaimana bebanan yang terpaksa dipikul oleh keluarga yang suka mengandung...cuba hang pikiq ni betui-betui?..kat mana nak beli pampers wanita kalau semua barang dah mahal..?...gula RM 1.90...minyak RM 1.85 RON95..yang RON 97 usah cakapla, sentuh pun dah tak sekarang.....ohhhoo....mintak maaf, ini bukan provokasi ataupun emosi...cuma Bujang sedikit terkilan dengan mana-mana pihak yang bertanggungjawab la kn, depa duk suruh kita berjimat-cermat, aku ni dah sebulan tak bergayut dengan awek.....nak jimat macam mana, tiba-tiba postman anta surat..katanya
surat dari URUSAN SERI PADUKA...bukak-bukak, nah ambik ko, 3 saman RM 900 - no discounts...hahahahawakaka...




Hatta, pilihan raya umum dah dekat...terpulang kepada kita, nak kekalkan Piala Malaysia 53 tahun berturut-turut kepada kerajaan yang sedia ada ataupun menyerahkan takhta kepada kerajaan yang baru, tapi ingat ianya satu perjudian yang besar......apapun, tepuk dada tanya selera...


p/s : Selangor dan Kelantan masing-masing dahagakan kemenangan....Liga Super tengah hot...!
Wednesday, July 14, 2010 0 comment

mario balotelli barwuah

transfer rumour datang lagi. chelsea bersedia untuk menghantar bidaan berjumlah 30 juta euro untuk mengangkat super mario ke SB (kena ingat dia baru bersedia nak antar). so nampaknya kem kita join berebut ngan man utd dan man city nak dapatkan mamat emo ni.

tapi ada aje halangannya. si rafa tu. cepat saja mencantas segala rumour pasal mario nih. yeye je dia tu. si babel pun dibiarnye... aku rasa mamat ni penuh dengan hasad dengki je ni.

tapi rasanya mario mungkin pergi. walaupun bukan ke kem kita. sebabnya semua sedia maklum bahawa mario bukan saja membawa masalah kepada kem inter malahan kepada semua team di serie A. nasib baik dia power je.



tapi pada aku baik kita angkat aguero je. dah mamat tu selak gile dah nak masuk kem kita, tak nak plak. kamon la carlo.
0 comment

titi angkat kaki

titi dah angkat kaki ke new york red bulls. di barca, henry sudah pun terkeluar dari susunan mematuk(pecking order) apabila jatuh dibelakang pedro dan bojan. nah, ditambah lagi dengan pembelian david villa, rasanya lebih baik dia menonton match barca di tv rumahnya.

nak kata henry dah tua, dia masih kuat. mungkin semangat bangsa barca lebih kuat...

pada umur (masih) 32 tahun, adakah henry, penjaring terbanyak france dan arsenal ni benar2 mahu melupakan competitive 'football' di peringkat tertinggi dan berpindah ke leisure 'soccer' di new york? atau adakah dia terlalu taksub dengan new york selepas menonton sekuel movie kegemarannya iaitu sex and the city 2? tiada siapa tahu.

peminat amerika khususnya red bullers (yeke?) memang sangat gembira dengan kedatangan henry. malahan penyerang sensasi mereka, juan pablo angel berkata, "it's been an honour to get to play alongside henry. he is considered the best in his generation". aku yakin angel memang xle tidur malam sebab terlampau excited. yelah, dapat partner dewa bola.

dia dah mai dah... tok sah dah nak superimpose lagi nye.

namun dalam perpindahan ini titi menafikan yang dia berpindah ke NY hanya untuk bercuti. "wa selalu datang untuk bercuti. tapi bukan kali ni. wa nak kasi tunjuk sama lu orang style rembat bola, true punya."

best lah korang kat us. dapat jumpa legend

anyway, banyak faedah yang henry dapat bila transfer US ni. che det pernah berbincang tentang sebab2 henry pindah US,
1-income mesti masyuk
2-henry ni agak taksub ngan NBA
3-peluang nak revive balik kehebatan dia
4-peluang mencuba nasib dibidang hiburan. FYI handball dia against ireland tu pernah jadi top hit di amerika

direktor spike lee berpeluang bergambar dengan titi. apsal muka mamat ni cam nak makan kaki je?
Tuesday, July 13, 2010 3 comment

Fabregas dipaksa(rela)

ya, seperti yang dilaporkan oleh Telegraph.co.uk, fabregas dipaksa (dan merelakan) team matesnya iaitu puyol dan pique supaya memakai jersi barcelona semasa sedang meraikan kemenangan mereka di Madrid.

fabregas disarungkan jersi oleh puyol dan pique. pepe reina yang sebentar tadi sedang khusyuk berkaraoke lagu girls' generation terberhenti kerana ingin membantu fabregas.

walaupun fabregas kelihatan sangat gembira tetapi beliau kelihatan agak keberatan semasa menyarungkan jersi itu.

carles puyol (kanan) yang mengenakan kain sarong catalunya rekaan eric leong sedang asyik membetulkan baju fabregas. gerrard pique(tidak kelihatan) sedang melakukan sesuatu yang aneh dibelakang fabregas.

untuk tidak menghampakan fans arsenal, fabregas sempat berkata bahawa kemenangan ini juga ialah untuk peminat arsenal. dan dia cukup berbangga menjadi pemain arsenal. bijak r ko dalam menangani isu panas ni.

semua orang tahu yang dia akan pergi. tapi jika setiap kali transfer season drama perpindahan ini dimainkan, siapa yang tak muak. memetik kata Bujang, "kalo dah rasa nak pergi sangat tu pergi jela. kalo stay pun tak guna buat menjatuhkan moral team je. contoh macam kes ade dan toure. scout arsenal senang je cari player muda yang boleh ganti tempat ko, sial!". sungguh mendalam firasat bujang dalam hal ni, dan aku tak boleh bersetuju lebih lagi!

btw sial tu sengaja aku tambah untuk mewujudkan suasana kurang senang dikalangan pembaca.

***
itu saja laporan dari aku. transfer news chelsea akan menyusul sebentar saja lagi.
Monday, July 12, 2010 0 comment

Series Bertemu Juara: Wawancara Andres Iniesta

Pertame yg kelua dri mulut iniesta for his first interview after final match adalah "This is for Dani".

Andres mentributekan goalnye yg membawak spain menjuarai WC edisi 2010 kepada rakannye, Dani Jarque yg kembali menemui penciptanya pada tahun lepas ketika beliau mengikuti pre-season di Itali. Terpancar dari raut muka Andre Iniesta yg beliau merindui kelibat dan gelagat Dani.
Ape yg menarik ketika Andres meraihkn goal, tertera pada bajunye perkataan iaitu "Dani Jarque is always with us" dalam bahase spainish. Kepade mereke yg bkn familiar ngn bahase spainish pasti tertanye-tanye ape yg dicarutkan pade baju mamat nie.

Acaca ape pown kite masih berbangge kerane ade lagi pemain yg sentiase mengigati rakan2 yg telah pergi walaupun dilingkari kerjayaan dan kemasyhuran. Tahniah kepade Iniesta dan rakan-rakan spain.


2 comment

2010 FIFA WC individual awards

WC sudah tamat. tiada lagi tidur lewat (atau masuk tidur pukul 7) lagi selepas ini, mungkin. nampaknya aku kena mula tidur awal untuk menghilangkan dark circles dimata. tapi sebelum itu, individual awards for 2010 WC dah pun diumumkan. drrrrrrrrr...(bunyi drum)

GOLDEN BALLdiego forlan!media memang membuat pilihan yang tepat apabila memilih forlan sebagai pemenang. sememangnya jaringan 5 gol terikat antara forlan, villa, sneijder dan muller menyukarkan kita membuat keputusan siapakah top performer WC kali ini. tapi pada aku forlan memang komited pada negara dia. jika dilihat permainannya seolah2 dia mahu memback-up negara dia dari kena anjing. contohnya equalising gol against ghana dan holland.

SILVER BALL
wesley sneijder!seorang midfield dynamo yang hebat; anda hanya perlu lihat final match untuk memastikannya. 1 moment dia join dribbling ngan robben kat atas, another moment dia wat critical tackle keatas iniesta.

BRONZE BALL
david villa!sangat jelas akan peranannya, dan sedar bahawa kalo teammate tak dapat provide, dia kena buat sendiri!

GOLDEN BOOTthomas muller!apabila jumlah jaringan terikat, award akan ditentukan dengan melihat pada jumlah assist, seterusnya minit permainan paling sedikit. dengan 3 assist, muller earned himself a golden boot!

SILVER BOOT
david villa!minit paling sedikit (asyik kena sub ngan torres dan llorente)

BRONZE BOOT
wesley sneijder!kurang sikit dari forlan

BEST YOUNG PLAYER
thomas muller!no doubt about it! pesaing kalo ada pun mesut ozil

LEV YASHINiker casillas!personally aku suka keeper nigeria, vincent enyeama. tapi group stage pun tak lepas, menjadahnye.

FAIR PLAY
spainless foul commited

dan akhir kata tahniah kepada juara WC buat pertama kali.

WC CHAMPION
spainmy ass! erk... sori emo. seriously aku paling benci team yang main based on possession. OK, kepada established fans dan neutrals(tak sokong mana2), kompomlah korang suka. tapi bagi fans opponent? apa perasaan apabila team ko diayam, dianjing, macam team ko tak pandai main bola, dituduh hanya tahu bertahan, main parking bus macam pondan? ha? cuba singkap perasaan mangsa seperti bujang dan brontorquer bila arsenal kena bantai ngan barca... and face it, match uruguay-ghana lagi best dari suma match spain.
0 comment

zlatan joga? mesut pun joga...

ibra habat?



ozil habat?



fergie???

Saturday, July 3, 2010 0 comment

Germany lanyak pornstar maradona.


tula engkau maradona...siapa suruh engkau gila-gila nak bogel...budget anu enkau tu panjang sangat, hitam adela...tengok sekarang dah kena tibai lauk-lauk dengan Germany...ciap tak tukar baju...lawak siyes hang ni maradona, banyak sangat karut-marot yang ko layan...apapun, tahniah buat Germany Brandon Flowers....

huhu...cancel bogel




prediction ---------------



FINAL

Holland vs Germany

Thursday, July 1, 2010 0 comment

jung jung hassan

Guten abend, my fellow Nazis! debaran menunggu 3 julai makin terasa. Argentina vs. Germany. walaupun aku bukan warganegara jerman tapi entah kenapa semangat ini membuak2. jangan salahkan aku, bukanlah aku tiada semangat bola nasional, atau suka menyibuk sokong negara orang lain. well dah MALAYSIA tak masuk WC, camne aku nak sokong? unless korang boleh melayakkan Malaysia ke WC, selagi tu aku terpaksa sokong negara orang.

Ananda Krishnan berpotensi menggantikan sultan bola. perlu ada semangat macam Abramovich kalo nak maju.

btw, rasa cuak keatas argentina sememangnya ada. masa WC dulu jerman menang, tapi sampai penalty. dan last meeting jerman kalah 0-1 dalam friendly. dan itu kat home...

tapi suma jangan gelut. germany ialah sebuah skuad yang terkenal dengan taktikalnya. kekalahan itu hanyalah sekadar eksperimen oleh saintis2 bola germany tentang taktik baru, samada ianya plausible ataupun myth. FYI einstein juga sebenarnya pernah menjadi saintis bola sebelum dirompak oleh amerika. sebab itulah kewujudan saintis bola dirahsiakan kerana takut amerika rompak lagi saintis germany dengan menggunakan taktik 'green card'nya.

bola? waklu!

sekarang germany memang betul2 dah bersedia untuk menentang argentina. tiada masa yang lebih sesuai lagi. player2 pun dah lain macam dah semangatnya. schweinsteiger, lahm, dan muller dah mula bukak mulut. cuak gak aku! jangan over confident sangat woi.

podolski dan cacau injured? aduh mintak2 lah cepat sembuh.