Friday, April 30, 2010

Fakta dan Realiti




Hello....Pertamanya bujang nak mintak maaf sebab dah lama tak update...Gara- gara komplotasi antara Bujang dan gonzales rose semua jadi haru biru..
"rumah terbakar nampak asap..hati terbakar..siapa yang tahu.."



Dimana Big 4 ?

Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Manchester utd..

Liverpool gah di era Dalglish dan Shankly..suatu ketika kelab ini telah menggapai kejayaan EPL sebanyak 18 kali...bayangkan 18 kali, jauh meninggalkan Arsenal yg hanya 10 kali, Man u 9 kali...Chelsea??maaf, itu di luar prospek perbualan kita...


Manchester Utd, sejak peralihan kuasa Alex ferguson dari Ron Atkinson menampakkan hasilnya..satu demi satu kejayaan dicapai..bermula dari musim 92/93 hingga kini, kejayaan yang dikecapi kelab ini telah menyamai rekod gah Liverpool...

Arsenal dahulunya sebuah kelab Inggeris paling membosankan, dengan corak permainan ala-ala Itali...berlandaskan sperma-sperma Jose Mourinho, Arsenal hanya pandai bertahan..tapi dengan hadirnya seorang wira yang berijazahkan kejuteraan elektrik, tak cukup dengan itu wenger memperoleh Master dalam jurusan Ekonomi...( jadi tak hairanlah betapa bakhilnya dia semasa "shopping season"..satu habuk player pun tak nak beli, kalau beli pun yang ada diskaun..huhu) ...that's Professor Wenger, Arsenal berubah..seorang jurulatih berasal dari France dilahirkan pada tahun 1949 di sebuah bandar kecil Strasbourg..Prof tidak dikenali, apa jadahnya kita nak kenal, Prof dahulunya seorang manager dari kelab Monaco yang kemudiannya berhijrah ke liga J (liga jepun),Nagoya Grampus Eight...ha, ha korang kenal kelab apa ni?..(time ni bujang layan Liga Perdana Malaysia, tak pun tengok video klip Azman Adnan..power tuh) sehingga Prof di anugerahkan J League Manager of the Year pada tahun 1995. Manager asing pertama yang mendapat pengiktirafan di Jepun..sehinggalah Prof diintai dari kelab Arsenal...Pulangyna Prof ke eropah Eropah tak ubah seperti hujan emas di negara orang hujan batu di benua sendiri..Hadirnya membawa satu perubahan klimaks kepada penyokong dan juga pengurusan Arsenal khasnya, "our plays is totally change..!"...cantiik..cantik-cantik tapi kalau tak dapat piala, orang putih cakap useless....


Chelsea...ikhlasnya kelab ini tidak dikenali ataupun digemari oleh mana-mana anak muda ataupun pakcik-pakcik kedai kopi sebelum ini..mana tak nya, kali terakhir menang Piala Inggeris musim 1954/55...masa ini nenek moyang kita tengah sibuk duk berperang dengan British...munasabahlah kalau orang Malaysia tak kenal pun, yang kenal mungkin hanya dari rombongan Tunku Abdul Rahman semasa Perjanjian Reid dengan Ratu Elizabeth...tapi itu semua sejarah tingkatan lima, sekarang Chelsea gah...Pengambil alihan kelab ini dari jutawan minyak Russia Roman Abrahimovich, segala-galanya berubah...di tambah kehadiran The Special One, Jose Mourinho dan pembelian bintang secara besar-besaran...maka wujudlah kuasa besar Eropah baru...... maka bercurah-curahlah rakyat Malaya yang menyokong The Blues..(salah satu sejarah sebab mengapa BLOG SUARA BIG 4 diwujudkan)......saat ini, chelsea bakal menjuarai EPL musim 09/10 sekiranya pertembungan di Anfield Ahad ini menjadi milik Ancelotti....



Sekadar sejarah, imbas balik kenangan, kenangan based on fact..!!!!....purata kedatangan penyokong ke stadium setiap perlawanan sepanjang 5 musim berturut-turut..



Season 2005/2006

1-----Man U-------------68 764 people
2-----Newcastle U-------52 032
3-----Liverpool----------44 236

4-----Man City----------42 856
5-----Chelsea------------41 901


Season 2006/2007

1-----Man U------------75 826 people

2-----Arsenal-----------60 045
3-----Newcastle U-----50 686

4-----Liverpool---------43 561

5-----Chelsea-----------41 541


Season 2007/2008

1----Man U----------75 691 people
2----Arsenal----------60 070
3----Newcastle U-----51 320
4----Liverpool--------43 532

5----Sunderland------43 344



Season 2008/2009

1----Man U----------75 304 people

2----Arsenal---------60 039
3----Newcastle U---48 749

4----Liverpool-------43 611

5----Man City-------42 900


Season 2009/2010

1----Man U--------74 814 people

2----Arsenal--------59 911

3----Man City------45 202
4----Liverpool------43 125

5----Chelsea--------41 505



p/s : bujang kagum dengan peminat Newcastle..

No comments: