Saturday, April 3, 2010

Preview Match: Arsenal FC vs FC Barcelona

Match Profile
Date: 31 March 2010
Day: Wednesday
Location: Emirates Stadium
Time: 8.45 pm
Referee: Massimo Busacca

Hari yang kite tunggu-tunggu telah tiba. Selepas undian yg telah dilakukan pada 2 minggu yang lepas menyaksikan Gergasi Meriam bertemu Spain Powerhouse, FC Barcelona. Ramai pemerhati bola sepak serta pengkritik-pengkritik khususnya di Malaysia meramalkan perlawanan yang bakal didominasi oleh gergasi merah biru ini.

Ada benarnya ape yg mereka katakan. Berdasarkan prestasi terkini skuad kendalian Pep Guardialo, mereka berada pada tahap yang menakjubkan.Berbekalkan kelincahan dan kekemasan drible oleh superstar mereka, Lionel Messi serta kretiviti yg disediakan oleh Xavi, Iniesta, dan Pedro memang tak dapat disangkalkan kombinasi ajaib skuad Barcelona.
Tidak dilupakan striker mereka, Zlatan Ibrahimovic bekas pemain Ajax dan Inter milan bukanlah mudah untuk dirantai oleh bek-bek Arsenal. Ketinggian menggalah, kekuatan seperti Seladang, kekemasan mengawal bola diudara dan yg sgt ditakuti oleh penjage gol, kekencang rembatan beliau.

Skuad kendalian Arsene Wenger juga perlu memberi perhatian kepade bekas pemain @ kapten Arsenal, Thierry Henry yg telah berhijrah ke Nou camp pada tahun 2007. Beliau mungkin telah melepasi zaman kegemilang beliau tetapi kehadiran beliau didalam skuad Barcelona perlu diberi perhatian. Mungkin kelajuan dan kelincahan beliau tidak seperti 3 4 tahun yang lalu tetapi pengalaman menjadikan beliau berharga kepada skuad Barcelona.

Arsenal, skuad yg menghimpunkan bakat-bakat mude serate dunie. Polisi yg diperkenalkan oleh pengurus mereke mungkin memakan mase yg panjang untuk merasai hasilnya tetapi polisi ini yg menjadikan Arsenal terkenal diseluruh dunie. Budget yang rendah dan tenage pengajar yang mantap menjadi asas pengurusan Arsenal FC. Pada waktu ini, Arsenal tidak berada pada tahap yang sebenar kerana kebanyakan pemain-pemain utama mereke sedang mengalami masalah kecederaan yang panjang dan berlarutan. Kecederaan menjadi batu penghalang kepade Arsenal untuk menyerlahkan potensi mereka sebagai pencabar kepada Skuad Fantasi Barcelona. Jalan penyelesaian yg mungkin akan dipilih oleh Wenger adalah mengarahkan anak-anak buah beliau merantai kelincahan superstar Messi dan pergerakan jentera serangan Barcelona.

No comments: