Sunday, April 18, 2010

Title Race Is On!


walaupun terpakse menempuh hujan badai,sanggup ku redahi demi menyaksikan pertembungan derby man utd..menaiki motorsikal bersama shahrir, dan rezwan kami beranikan diri ke kdai mamak..sesampai nyer kami ke destinasi, skrin besar terus menjadi fokus utama..

perlawanan sangat mendebarkan kerana kedua-dua pasukan tidak putus-putus melancarkan serangan ke arah satu sama lain..the "Roo" walaupun tidak 100% fit tetap berjuang demi man utd..manakala evans bermain menggantikan ferdinand..

permainan ternyata didominasi man utd tetapi serangan demi serangan hanyalah senaman memanaskan badan untuk gomes..tidak mampu memecahkan kebuntuan dan membolosi gawang pihak musuh..


pengorbanan kami nyata tidak sia-sia apabila serangan terakhir man utd melalui hantaran lintang evra disudahkan scholes dengan tandukannya yang bersahaja tetapi menakjubkan..akhirnya gomes tewas pada minit ke 93..pak alex melonjak kegembiraan dah jeritan kepuasan bergema di farok & sitchick..

dengan kemenangan dramatik man utd dan kekalahan memalukan chelsea, ini bermakna harapan man utd untuk menjulang takhta liga perdana inggeris kembali bersinar..


Keputusan

man city 0 - man utd 1 (scholes)

Formation

Rooney
Giggs Gibson Scholes Flecher Valencia
Evra Vidic Evans Neville
Van Der Sar


subs - berbatov,nani,obertan


No comments: